Pada masa ini aku bercuti pulang ke kampung untuk melihat keluarga Dan halamanku. Sewaktu aku di kampung kami se keluarga di khabarkan satu berita gembira iaitu pakcik ku yang bongsu di Kampung Paon akan berkahwin Pada malam 02 January 2021 itu.
Betapa seronoknya mendengar khabar itu. Kami pun bergotong royong. Aku mencari buluh di hutan untuk memasak lemang Dan *bontokng* di hutan yang berada di kampung ku Kampung Sebiris.
Pada masa yang sama Datukku memang sudah sakit tenat. Aku pergi ke rumah Datukku waktu tengah hari bersama abang dan adikku. Di sebelah petang abang mengajakku untuk menangkap babi Dan kami dibantu oleh jiran kami se kampung.
Setelah selesai menangkap babi seperti biasa kami bergotong royong untuk me motong babi itu untuk dijadikan lauk Pada hari pesta perkahwinan. Di masa yang sama aku juga meminum arak Pada ketika itu.
Selesai sudah aktiviti bergotong royong kami pun melanjutkan aktiviti iaitu minum sambil santai sehinggalah lewat malam. Jam hampir pukul 11 malam kemudian terdengar bunyi nenekku memanggil untuk masuk ke dalam. Dia me nyuruh kami melihat keadaan Datukku.
Datuk ku kelihatan sedang kesakitan untuk menelan air susu yang selalu diminumnya. Air susu ditekaknya telah kering kemudian disungkit keluar oleh abangku barulah nafasnya dapat beredar dengan sedikit lancar. Pada waktu itu aku memanggil Datukku itu Dan dia membalas dengan sahutan Aaa.. Aaa.. Aku mengeluarkan air mata Setelah mendengar sahutan atukku.
Setelah melihat atuk kami beredar kembali keluar rumah Dan sambung minum. Setelah jam 2.30 pagi nenekku berteriak lagi Dan memberitahu bahawa atukku sudah tidak bernafas lagi. Kami pun segera melihatnya kemudian memanggil semua warga kampung, jiran berdekatan Dan semua sepupu tentang pemergian atukku.
Nostalgia di sini adalah aku pulang kampung kerana dipanggil oleh atukku kerana Pada waktu itu aku tidak merancang untuk balik ke kampung. Syukur Dan puji tuhan segalanya telah dipermudah. Atukku selamat dikebumikan Pada tengah ari 4 January 2021.
No comments:
Post a Comment