Saturday, February 20, 2021

Aku masuk tentera

  Mengapa masuk tentera? Ramai yang kata itu pilihan terakhir. Bagiku bohong, tentera merupakan pilihan pertama ku sebagai pekerjaan yang tetap. Meskipun dilarang ibuku aku tetap tekad untuk masuk tentera. Di waktu skolah menengah cikgu menanyakan cita-cita setiap muridnya Dan aku menjawab ingin menjadi sorang tentera. Hahahahaha

  Aku telah meminta tentera Darat yang Pada waktu itu ada pemilihan pertama di Kem Ria Batu 7 Kuching Dan pemilihan kedua di Kem 3 Briged penrissen kuching. Aku telah lulus Dan dipanggil untuk rekruit di Pusat Latihan Asas Tentera Darat(pusasda) di kem sirusa port dickson negeri sembilan Pada bulan ogos 2014.

  Sebelum aku pergi rekruit aku mengenali kekasihku di Facebook di masa yang sama telah mengenali dia sewaktu sukan skolah tahunan di smk Lundu Pada tahun 2013.Aku mengajaknya couple Pada 6 Jul 2014 Dan bulan hadapannya aku meninggalkan dia untuk rekruit tentera Darat.

  Sewaktu rekruit hubungan dengan keluarga dan kekasih di kampung telah terputus akibat telefon Pada masa ini tidak dibenarkan. Setelah 4 bulan barulah dibenarkan menggunakan public phone yang dibekalkan kredit kupon kepada kami rm30 setiap seorang. 

  Betapa indah dan bahagianya Setelah dapat berhubung dengan keluarga Dan kekasih Pada waktu itu meskipun beratur Dan menunggu dengan waktu yang lama untuk berdepan dengan public phone.

 Sewaktu di pusat Latihan aku berjumpa Ramai kawan yang datangnya dari pelbagai negeri di Malaysia Dan aku belajar serba sedikit dialek Dan percakapan orang malaya. 

  Proses menjadi tentera amatlah sukar kerana melahirkan seorang perajurit tentera daripada orang awam. Hari demi hari nilai tentera dipupuk dalam diriku Dan melupakan perangai awam ku. Proses ini ibarat ingin menjadi bayi yang baru hendak merangkak. 

  Hal ini demikian kerana masuk tentera ibarat kita baru lahir ke dunia. Identiti awam ditukar menjadi Identiti tentera. Kad pengenalan dirampas Dan ditukar menjadi my tentera. Kesepuluh jari tangan telah di cop untuk direkodkan Agar tidak terlepas dari Kes jenayah.

  Pelbagai ilmu yang diajarkan Dan sedikit sebanyak ada juga yang sangkut di ingatan. Pada 15 February 2015 aku dipassing out kan Dan telah mendapat unit pertama ku iaitu Batalion ke 5 Rejimen renjer diraja. 

  Sekian dulu. Penat ni. Ngantuk nak tido. Bye

No comments:

Post a Comment