Aku bermula cuti 18 Dis 2020 Dan dikuarantin sehingga 27 Dis 2020 di hotel pullman kuching. Aku hanya tinggal 15 hari di kampung Setelah dikuarantin. Namun aku bersyukur cuti ku dapat disambung oleh kerana flight yang sering tertunda.
Di waktu aku cuti aku seronok dapat berkumpul bersama keluarga Dan melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi masa lapang. Waktuku lebih terbuang kepada kerja membina rumah baru. Pada sebelah petang aku pergi memancing Udang bersama a ang Dan adikku.
Tidak dinafikan pkp semakin bertambah teruk menyebabkan flighku tertunda lagi. Sukar bagiku untuk tempuh namun aku beranggapan itu rezeki ku. Sepatutnya flight ku adalah Pada 10 Jan 21 kemudian ditunda kepada 16 Jan 21.
Setelah menghampiri hari tamat cuti flighku ditunda lagi menjadi 29 Jan Dan tertunda lagi sehingga menjadi 10 Feb barulah aku terbang balik ke melaka. Jumlah cuti ku adalah 55 hari.
Inilah pengalamanku dapat bercuti selama 55 hari sepanjang aku berkhidmat dalam tentera. Setelah tiba di melaka aku dikuarantin kan lagi sehingga 21 Feb 2021.
No comments:
Post a Comment