Aku lahir Pada jam lebih kurang 3 petang di klinik kesihatan Lundu. 21 Nov 1994 adalah tarikh lahirku. Aku membesar di sebuah kampung kediaman ayahku iaitu Kampung Sebiris. Ibuku berasal dari Kampung Paon juga merupakan kampung di Daerah Lundu.
Sewaktu kecil aku sangat nakal Dan suka bermain main dengan kawan se kampung. Aku mula berani keluar rumah sejak aku berumur 6 tahun lagi. Aku sering dimarah ibu Dan bapak kerana sering pulang lewat Setelah bermain bersama kawan-kawan ku.
Sehingga satu masa aku jadi takut hendak masuk ke rumah Setelah waktu malam kerana tidak ingin dimarahi kedua orang tuaku. Aku sanggup tidur di bawah rumah yang Pada waktu itu ada atap besi me jadi tempat persembunyianku. Sungguh nakal Pada ketika itu.
Zaman kanak-kanakku amat tidak membosankan. Aku dapat mengetahui banyak permainan traditional orang-orang dahulu. Antaranya main *kukup*, *kengkeng*, *tong-tong*, *teleh*, *antu buah*, *colop* Dan banyak lagi. Di zamanku permainan gasing amat popular sehingga ada orang tua Pada ketika itu menjual gasing hanya dengan harga 3 biji telur ayam. Sungguh luar biasa.
Di masa yang sama mandi di Sungai juga sangat menjadi kegemaran sehingga mata bertukar menjadi merah barulah beredar balik. Akan tetapi bukanlah balik ke rumah malah teruskan bermain di halaman rumah kawan-kawan. Memang patut aku dimarahi Pada ketika itu.
Aku bangga menjadi anak kampung. Kampung Sebiris merupakan tempat ku membesar Dan aku akan terus membesar di sini Dan tidak ingin meninggalkan kampung ini. Peredaran Zaman amat mengubah sgalanya. Hari demi hari permainan tradisional telah ditelan Zaman Dan digantikan dengan Zaman IT yang serba dilengkapi dengan kecanggihan. SALAH satu ya telefon bimbit yang amat menular kepada kanak-kanak Pada masa ini.
Sekian dulu aku kongsikan.